AL-FATIHA

سُوۡرَةُ الفَاتِحَة
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)
 
 
Al-Fatiha

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (1)

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (2) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. (3) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (4) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). (5) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (6) Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (7)



Read more...

MEMUDAHKAN JALAN-JALAN KE SYURGA

ABU DARDA' R.A BERKATA , SAYA TELAH MENDENGAR NABI S.A.W BERSABDA: `" SIAPA YANG BERJALAN DI JALAN UNTUK MENUNTUT ILMU, MAKA ALLAH AKAN MEMUDAHKAN BAGINYA JALAN DARI JALAN-JALAN KE SYURGA. DAN MALAIKAT SELALU MENGHAMPARKAN SAYAPNYA UNTUK MENAUNGI ORANG YANG MENUNTUT ILMU KERANA REDHO DENGAN APA YANG DILAKUKANNYA. DAN SEORANG ALIM ITU DIMINTAKAN AMPUN OLEH SEMUA PENDUDUK LANGIT  DAN BUMI DAN IKAN-IKAN DIDALAM AIR. DAN KELEBIHAN SEORANG ALIM TERHADAP SEORANG AHLI IBADAH SEBAGAIMANA KELEBIHAN BULAN PERNAMA TERHADAP LAIN-LAIN BINTANG. DAN ULAMA ITU SEBAGAI PEWARIS DARI NABI-NABI , DAN NABI-NABI ITU TIDAK MEWARISKAN ILMU, MAKA SIAPA YANG MENDAPATKANNYA BERERTI TELAH MENDAPAT BAHAGIAN YANG SEBANYAK-BANYAKNYA. " ( PETIKAN HADIS DARI KITAB ' TANBIHUL GHAFILIN' ).

Read more...

PACAKLAH BENTENG AMAL

SYAQIQ BIB IBRAHIM : BENTENG AMAL ITU ADA TIGA
- HARUS MERASA BAHAWA ITU HIDAYAH DAN TAUFIK DARI ALLAH, UNTUK MEMATAHKAN RASA UJUB ( SOMBONG DIRI ) 
- HARUS NIAT UNTUK MENDAPATKAN REDHO ALLAH UNTUK MEMATAHKAN HAWA NAFSU, 
- HARUS MENGHARAPKAN PAHALA DARI ALLAH UNTUK MENGHILANGKAN RASA TAMAK, RAKUS DAN RIYAK, DAN DENGAN KETIGA AMAL INI AMAL DAPAT IKHLAS SEMATA-MATA UNTUK ALLAH. MENGHARAPKAN REDHO ALLAH SUPAYA TIAP AMALNYA MELULU   (SEMATA-MATA ) YANG DIREDHOI ALLAH., SUPAYA TIDAK BERAMAL TERDORONG MENGIKUT HAWA NAFSU , DAN APABILA AMAL ITU KERANA MENGHARAP PAHALA DARI ALLAH , MAKA TIDAK HIRAULAH DIA TERHADAP PUJIAN ATAU CELAAN DARI ORANG.

Read more...

JIWA ORANG BERIMAN ITU MAHAL

" JANGAN TENTUKAN HARGA DIRIMU KECUALI DENGAN SYURGA , JIWA ORANG YANG BERIMAN ITU MAHAL, TAPI SEBAHAGIAN DARI MEREKA JUSTERU  MENJUALNYA DENGAN HARGA YANG MURAH." ( MADAH HASSAN AL-BASRI )

Read more...

TIGA PERKARA YANG BENAR.

RASULULLAH S.A.W BERSABDA: " ADA TIGA PERKARA YANG KETIGANYA KUKETAHUI SEBAGAI PERKARA YANG BENAR, IAITU 
1- ORANG YANG MEMAAFKAN PERBUATAN ANIAYA, MAKA ALLAH S.W.T MENAMBAH KEMULIAAN BAGINYA.
2- ORANG YANG MEMINTA-MINTA DENGAN TUJUAN AGAR MENJADI KAYA , MAKA ALLAH S.W.T AKAN MENAMBAH KEFAKIRAN BAGI MEREKA.' DAN 
3- ORANG YANG BERSEDEKAH DENGAN MENGHARAP PAHALA DARI ALLAH S.W.T. MAKA ALLAH S.W T  MENAMBAH HARTANYA ."( H.R BAIHAQI )

Read more...

KELEBIHAN ISTERI YANG SALIHAH.

ABDULLAH BIN AMRU BIN AL-'ASH R.A, RASULULLAH S.A.W . BERSABDA: " DUNIA ADALAH KESENANGAN SEMENTARA DAN SEBAIK-BAIK KESENANGAN  DUNIA IALAH WANITA          ( ISTERI ) YANG SALIHAH ( BERSOPAN SANTUN) ." ( H.R MUSLIM )

Read more...

BALASAN MEMAKAN HARTA BENDA ANAK-ANAK YATIM.

ALLAH S.W.T BERFIRMAN: " HAI MUSA! SIAPA YANG MEMPERKAYAKAN DIRI SENDIRI DENGAN HARTA BENDA ANAK-ANAK  YATIM, DAN PARA FAKIR MISKIN , MAKA DI ALAM DUNIA INI IA AKAN AKU JADIKAN FAKIR. SEDANG DI AKHIRAT NANTI IA AKAN AKU SEKSA.SIAPA YANG BERBUAT SEWENANG -WENANG ATAS KAUM FAKIR, MAKA IA AKAN AKU HINAKAN. SESIAPA YANG MEMBANGUN DENGAN MENGGUNAKAN MAKANAN ORANG-ORANG FAKIR DAM KAUM LEMAH, MAKA BANGUNANNYA AKU AKHIRI DENGAN KEHANCURAN , SEDANG IA AKU TEMPATKAN DI NERAKA.( SESUNGGUHNYA INI MEMANG BENAR-BENAR TERDAPAT DALAM KITAB-KITAB YANG TERDAHULU , ( IAITU ) KITAB-KITAB IBRAHIM DAN MUSA." ( HADIS OUDSI )

Read more...

UMUR KITA HANYA PINJAMAN

ALLAH S.W.T BERFIRMAN: " HAI ANAK ADAM! KETAHUILAH! , BAHAWA YANG KAMU BANGUN KAN ITU ( SEBENARNYA ) HANYA UNTUK KEHANCURAN. SESUNGUHNYA UMUR MU ITU CUMA PINJAMAN, SEDANG JASAD MU UNTUK TANAH. DAN APA YANG TELAH BERHASIL KAMU KUMPULKAN ADALAH UNTUK AHLI WARIS DAN YANG MEMAKANNYA , YANG MENIKMATINYA ORANG LAIN. SEDANGKAN HISAB , AZAB DAN PENYESALAN TERTANGGUNG PADAMU . YANG MENEMANI DI ALAM KUBUR ADALAH AMAL SALIH. HENDAKNYA KAMU SENTIASA TAAT KEPADKU DAN HINDARILAH KEMAKSIATAN DAN TERIMALAH APA YANG DIBERIKAN  KEPADAMU. JADILAH KAMU TERMASUK ORANG-ORANG YANG BERSYUKUR ." ( HADIS QUDSI )

RENUNGILAH JUGA FIRMAN ALLAH S.W.T BERMAKSUD: " KERANA ITU , MAKA HENDAKLAH ALLAH SAJA YANG KAMU SEMBAH DAN HENDAKLAH KAMU TERMASUK ORANG-ORANG YANG BERSYUKUR." ( AZ-ZUMAR:66 )

Read more...

JADILAH SEPERTI BURUNG

"JADILAH SEPERTI BURUNG YANG REZEKINYA DATANG SETIAP PAGI DAN PETANG , TIDAK PERNAH DIRUNSINGKAN OLEH HARI ESOK, TIDAK PERNAH PERCAYA KEPADA SESIAPA PUN, TIDAK PERNAH MENYAKITI SESIAPA PUN, BAYANGANNYA RINGAN, DAN GERAKNYA INDAH.-( DR.'AIDH ABDULLAH AL-QARNI )

Read more...

MENCARI NAFKAH SENDIRI DISAYANGI OLEH ALLAH S.W.T

ABUL-LAITS ASSAMARQANDI MERIWAYATKAN DENGAN SANADNYA DARI NASHIER BIN YAHYA BERKATA: BAHAWA NABI DAUD A.S, BIASA KELUAR DENGAN MENYAMAR DIRI, LALU MENANYAKAN ORANG RAMAI TENTANG HAL KELAKUANNYA. MAKA PADA SATU HARI MALAIKAT JIBRIL A.S BERUPA MANUSIA BIASA SEHINGGA DITEGUR NABI DAUD A.S , HAI PEMUDA, BAGAIMANA PENDAPATMU TENTANG  DAUD? 
 JAWAB JIBRIL: DIA ADALAH SEBAIK-BAIK HAMBA HANYA ADA SATU SIFAT KURANG BAIK.
DITANYAKAN: APAKAH YANG TIDAK BAIK ITU?
JAWABNYA: DIA MAKAN DARI " BAITULMAL LIL MUSLIMIN" PADAHAL TIADA SEORANG HAMBA YANG DISAYANGI OLEH ALLAH LEBIH DARI ORANG MAKAN DARI HASIL USAHA TANGANYA SENDIRI ,MAKA KEMBALILAH NABI DAUD A.S, KE MIHRABNYA SAMBIL MENANGIS MEMOHON KEPADA ALLAH : YA TUHAN, AJARKANLAH KEPADAKU USAHA YANG DAPAT SAYA KERJAKAN SEHINGGA SAYA TIDAK LAGI MENGAMBIL BELANJA DARI BAITULMAL.
MAKA ALLAH MENGAJARKAN KEPADANYA BAGAIMANA MEMBUAT PAKAIAN PERANG, DAN MELEMBUTKAN BESI DITANGANYA SEHINGGA MENJADI SEMACAM ADUNAN TEPONG, MAKA BILA IA TELAH SELESAI DARI MELAYANI HAJAT RAKYATNYA IA KEMBALI KE RUMAHNYA MEMBUAT BAJU BESI DAN DIJUAL UNTUK BELANJA SEKELUARGANYA. DEMIKIANLAH  FIRMAN ALLAH TAALA YANG BERMAKSUD: " DAN KAMI LUNAKKAN BESI UNTUK DAUD. DAN KAMI AJARKAN KEPADANYA MEMBUAT PAKAIAN PERANG DARI BESI UNTUK MENJAGA KAMU DARI SENJATA DI WAKTU PERANG".

Read more...

AHLI PERNIAGAAN YANG JUJUR

QATADAH R.A BERKATA: " AHLI PERNIAGAAN YANG JUJUR AKAN BERADA DI BAWAH NAUNGAN ARASY PADA HARI KIAMAT."

Read more...

ADAM A.S DIJADIKAN PADA HARI JUMAAT

ABU HURAIRAH R.A BERKATA. RASULULLAH S.A.W, MEMEGANG TANGAKU DAN BERKATA: 'ALLAH MENJADIKAN TANAH PADA HARI SABTU DAN MENJADIKAN BUKIT PADA HARI AHAD DAN MENJADIKAN POHON PADA HARI ISNIN DAN MENJADIKAN KESUKARAN PADA HARI SELASA DAN MENJADIKAN CAHAYA PADA HJARI RABU DAN MENYEBARKAN BINATANG-BINATANG  PADA HARI KHAMIS DAN MENJADIKAN ADAM A.S SESUDAH ASAR PADA HARI JUMAAT PADA SAAT BERAKHIR DIANTARA ASAR SAMPAI MALAM," ( H.R MUSLIM)

Read more...

BERSIH DOSA APABILA BERWUDUK

ABU HURAIRAH R.A BERKATA, RASULULLAH S.A.W BERSABDA: " JIKA SEORANG MUSLIMIN BERWUDUK DAN MEMBASUH MUKA, MAKA KELUARLAH DARI MUKANYA SETIAP DOSA YANG TERLIHAT OLEH KEDUA MATANYA BERSAMA TITISAN AIR. DAN BILA MEMBASUH KEDUA TANGANNYA , KELUARLAH DARIPADANYA SETIAP DOSA YANG DIKERJAKAN OLEH TANGANNYA , BERSAMA TITISAN AIR YANG TERAKHIR, HINGGA BERSIH IA DARI DOSA DAN APABILA MEMBASUH KEDUA KAKINYA KELUAR DARIPADANYA SETIAP DOSA YANG DIKERJAKAN OLEH KAKINYA KELUAR BERSAMA TITISAN AIR SEHINGGA MENJADI  BERSIH DARI DOSA." ( H.R MUSLIM)

Read more...

BERSEDEKAHLAH WALAU SEPARUH BIJI KURMA

ADY BIN HATIM RA., BERKATA, RASULULLAH S.A.W BERSABDA : " PELIHARALAH DIRIMU DARI BAKARAN API NERAKA, WALAUPUN DENGAN HANYA BERSEDEKAH SEPARUH DARI BIJI KURMA." ( H.R BUKHARI , MUSLIM )

Read more...












  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP