TAUBAT

Taubat menurut Islam

Taubat ialah kembali taat kepada Allah s.w.t dan menyesal dengan bersungguh-sungguh terhadap dosa yang telah dilakukan sama ada dosa besar mahupun dosa kecil serta memohon keampunan dari Allah. Setiap individu disuruh bertaubat untuk menyucikan diri dari dosa besar dan kecil, sama ada dilakukan dengan sengaja mahupun tidak.


Hukum bertaubat adalah wajib sama ada dosa kepada Allah s.w.t mahupun dosa sesama manusia. Jika dosa itu berkaitan dngan manusia, hendaklah meminta maaf daripada manusia terbabit. Sekirannya dosa berkaitan dengan harta benda, hendaklah dikembalikan harta tersebut kepada tuannya. Bertaubat kepada Allah hendaklah dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan hati yang ikhlas kerana taubat yang tiada keikhlasan tidak mendatangkan apa-apa kesan terhadap individu terbabit. Taubat yang terbaik adalah taubat yang penuh penyesalan, keinsafan dan rasa rendah diri kepada Allah s.w.t. Di dalam Islam, digariskan cara-cara memohon keampunan dan rahmat Allah s.w.t :

*Menyesal, menginsafi & berazam tidak akan mengulangi dosa yang telah dilakukannya


*Beristighfar memohon keampunan Allah s.w.t


*Beramal kebajikan


*Mensyukuri nikmat Allah s.w.t.


*Berdoa memohon kesejahteraan hidup di dunia &  hari Akhirat.

Sebab-sebab Allah menerima taubat

*Allah s.w.t Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani



*Supaya hamba-Nya bersih daripada dosa dan memperoleh kebahagian di syurga kelak


*Supaya seseorang itu melakukan kebaikan dan mencegah dari kejahatan


*Orang yang bertaubat akan benci akan dosa-dosa lampaunya


*Orang yang bertaubat tidak akan mengulangi dosa-dosa lampaunya


*Hanya Allah s.w.t sahaja yang berhak mengampuni dosa hamba-Nya
 
Tujuan taubat
 
*Diri suci dari dosa terutama pada hari perhitungan di akhirat kelak



*Ibadat yang dilakukan diterima Allah s.w.t.


*Dapat mengerjakan ibadat dengan sempurna


*Mendapat balasan yang baik pada hari akhirat


*Mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah s.w.t.


*Jiwa dan perasaan tenang.

Catat Ulasan













  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP