SOLAT YANG TERAKHIR






 ISAM BIN YUSUF


Assalamualaikum.
Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?".
Hatim berkata, "Apabila masuk waktu SOLAT aku berwuduk zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimanakah WUDUK zahir dan batin itu?."
Hatim berkata, "Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengna air. Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan 7 perkara:-
  1. ] Bertaubat
  2. ] Menyesali dosa yang telah dilakukan
  3. ] Tidak tergila-gilakan dunia
  4. ] Tidak mencari/mengharap pujian orang (riyak')
  5. ] Tinggalkan sifat berbangga
  6. ] Tinggalkan sifat khianat dan menipu
  7. ] Meninggalkan sifat dengki
Seterusnya Hatim berkata , "Kemudian aku pergi ke MASJID aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap ke kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan aku sedang berhadapan dengan ALLAH, Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebelah kiriku, Malaikat Maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal Mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."
Setiap bacaan dan doa dalam solat ku faham maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim. Sampaikanlah walau pun satu ayat.
DENGAN MENJADIKAN SETIAP SOLAT YANG DIKERJAKAN ITU SEBAGAI SOLAT TERAKHIR , TAK MUSTAHIL KALAU SOLAT ITU DAPAT MEMBENTUK KEPASRAHAN SEORANG HAMBA DENGAN SECARA SEPENUHNYA KEPADA ALLAH TAALA. DENGAN CARA DEMIKIAN, SOLAT TIDAK HANYA SEKADAR GERAKAN TUBUH, TAPI DIALOG LANGSUNG ANTARA HAMBA DENGAN ALLAH HINGGA TAK ADA BALASAN YANG DIRENGKUH KECUALI KEAMPUNAN ALLAH DAN KETENANGAN HATI. ( AL-MUKMINUN: 1,2 DAN AL-MA'ARIJ:19.23 )


OLEH KERANA ITU , SUDAHKAH KITA BERSEDIA MENJADIKAN SETIAP SOLAT  YANG KITA KERJAKAN ITU SEBAGAI SOLAT TERAKHIR?

Catat Ulasan













  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP